Tuesday, March 16, 2010

Pembedahan mata - hari ini kah?

Selasa -16Mac 2010
Hari ini jam 9.30pagi ada temujanji dengan Dr Penelope J. Allen, pakar bedah mata di Melbourne Retina Associates (MRA) Suite 402, Level 4, 100 Victoria Parade, East Melbourne. Ini adalah susulan dari pemeriksaan mata di wad kecemasan pada Khamis 11 Mac 2010 lepas. Tak pasti sama ada Dr nak periksa sahaja atau terus masuk wad untuk pembedahan atau pembedahan hari lain, tapi siap sedia bawa keperluan jika ditakdirkan masuk wad hari ini. Jam 8.00pagi abg Din Hogan dan Pak Tam sampai untuk hantar aku, Gee dan Milah ke MRA. Disebabkan waktu ini adalah waktu peak, maka kami ikut jalan yang direkomen oleh bro Zaki (terima kasih bagi tips jalan mana yang perlu dilalui). Alhamdulillah jam 9.10 pagi dah sampai MRA.
Dr Allen buat pemeriksaan susulan dan maklumkan bahawa pembedahan akan dibuat di Royal Victoria Eye & Ear Hospital (RVEEH) 32 Gisborne St East Melbourne sama ada esok petang atau malam, dan aku perlu masuk wad jam 11.30pagi esok. Menurut Dr Allen, pembedahan akan dibuat pada mata kanan yang selalunya memakan masa dalam 2jam dan mata kiri juga perlu dibuat rawatan laser untuk mencegah daripada mengalami 'retinal detachment' juga kerana power rabun jauh (short-sighted) aku yang tinggi.
Dalam jam 10.30pagi, urusan di MRA selesai dan kami terus pulang ke rumah untuk berehat sementara tunggu esok - lapor diri masuk wad dan pembedahan.

"berdebar tunggu esok hari ..."

Friday, March 12, 2010

Mataku bermasalah

Isnin - 8 Mac 2010
Hari ini adalah Cuti Umum di Victoria sempena hari pekerja, tetapi masih ada syarikat dan universiti seperti La Trobe University yang tidak mengambil hari pekerja ini sebagai hari cuti kerana mengantikannya dengan cuti dihujung tahun (cuti selepas Boxing Day sehingga cuti Tahun Baru).
Hari ni aku rasa mata kanan aku agak pelik, macam ada benda yang menghalang penglihatan aku, sakit matakah aku? Kena jumpa doktor ni tapi esok pagilah aku buat temujanji. Di Melbourne ni leceh nak jumpa doktor kena buat temujanji. Memang ada klinik yang kata tak perlu buat temujanji, datang sahaja terus ke klinik TAPI bila datang kena tunggu lama macam yang pernah dialami Angah dulu yang tunggu hampir 2 jam, ini adalah kerana pesakit tanpa temujanji akan hanya bertemu doktor jika ada slot yang kosong .. ada ka logik tu..

Selasa - 9 Mac 2010
Pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah aku telefon buat temujanji untuk berjumpa doktor. di Mill Park Superclinic So dapat slot jam 7.00pm. Doktor periksa mata dan kata mata ada merah. Aku diberi perskrisi ubat titik dan perlu jumpa semula hari Khamis jika tiada perubahan. Esoknya, aku telefon untuk buat temujanji. Jam 2.30pm Khamis akan berjumpa semula doktor.

Khamis - 11 Mac 2010
Mata kanan aku masih ada masalah dan akan jumpa doktor pada jam 2.30pm. Bila berjumpa doktor, aku dirujuk ke hospital mata dan telinga di bandaraya Melbourne dan dinasihatkan pergi ke wad kecemasan pada petang ini juga. Tiba di Royal Victoria Eye & Ear Hospital di East Melbourne pada jam 4.00pm. Cepat juga servis di sini dan aku mula diperiksa oleh jururawat dan doktor dalam jam 5.30pm hingga 6.30pm. Kesimpulannya aku ada "retinal detachment" dan perlu jalani pembedahan mata dalam kadar segera. Disebabkan tiada teater pembedahan yang kosong maka aku akan masuk wad pada jam 9.30 pagi hari Selasa depan. Alhamdulillah bila minta doktor telefon insuran OSHC Worldcare, pembedahan akan termasuk dalam perkara yang boleh di-cover. so tunggu sahaja lah, semoga semua berjalan lancar dan pulih seperti sedia kala.

What is retinal detachment?

http://en.wikipedia.org/wiki/Retinal_detachment

http://www.melbourneretina.com.au/index.php?option=com_content&view=article&id=50&Itemid=66

http://www.medicinenet.com/retinal_detachment/article.htm

http://www.allaboutvision.com/conditions/retinadetach.htm

"berdebar-debar .. risau .. semua perasaan ada .. speechless"

Ribut Air Batu @ Melbourne

Sabtu - 6 Mac 2010
Melbourne memang terkenal dengan "4 seasons in 1 day" dan terbukti hari ini di mana cuaca agak panas terik pada waktu tengahari telah bertukar menjadi hujan ais sebesar bola tenis di kawasan bandaraya dan selatan Melbourne. Banjir kilat berlaku dan banyak harta-benda musnah disebabkan hujan ais yang turun dalam 1 jam sahaja. Berita lanjut boleh diikuti di http://en.wikipedia.org/wiki/2010_Victorian_storms dan juga ulasan blog Ropidi di
http://salam-monash.blogspot.com/2010/03/ribut-air-batu-di-melbourne.html

"Alhamdulillah kami tak keluar ke Bandaraya Melbourne pada hari ini"

Musim Luruh bermula

Isnin - 1 Mac 2010
Hari ini secara rasminya masuk musim luruh di Australia. Cuaca hari ini nampaknya agak sejuk tapi masih kelihatan pancaran matahari.
Aktiviti hari ini: Perhinpunan mingguan TEPS dan Jualan 50% diskaun Savers.
Hadir ke sesi perhimpunan sekolah Angah dan Uda di TEPS. Di sini ibu bapa adalah dijemput untuk hadir ke sesi perhimpunan mingguan sekolah terutama bagi sekolah primary. Berulang kali Uda mengingatkan ibu dan ayah untuk hadir kerana kali ini, kelas Angah dan Uda akan naik ke pentas untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Angah dan rakan-rakannya di kelas 4/5/6W mempersembahkan hasil kerja dan bercerita tentang Olimpik musim sejuk yang baru sahaja tamat minggu lepas. Uda dan rakan-rakan sekelas 1/2R bercerita berkaitan tajuk "What am I good at".
Selesai sesi perhimpuanan mingguan kali ini, kami terus ke Savers Greensborough. Seperti biasa pada 1hb Mac tiap-tiap tahun Savers akan adakan jualan 50% diskaun untuk semua jenis pakaian. Kami ambil peluang untuk beli pakaian yang cantik tetapi murah, sama ada untuk dipakai sendiri atau boleh dijadikan hadiah bila balik nanti.