Friday, March 12, 2010

Musim Luruh bermula

Isnin - 1 Mac 2010
Hari ini secara rasminya masuk musim luruh di Australia. Cuaca hari ini nampaknya agak sejuk tapi masih kelihatan pancaran matahari.
Aktiviti hari ini: Perhinpunan mingguan TEPS dan Jualan 50% diskaun Savers.
Hadir ke sesi perhimpunan sekolah Angah dan Uda di TEPS. Di sini ibu bapa adalah dijemput untuk hadir ke sesi perhimpunan mingguan sekolah terutama bagi sekolah primary. Berulang kali Uda mengingatkan ibu dan ayah untuk hadir kerana kali ini, kelas Angah dan Uda akan naik ke pentas untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Angah dan rakan-rakannya di kelas 4/5/6W mempersembahkan hasil kerja dan bercerita tentang Olimpik musim sejuk yang baru sahaja tamat minggu lepas. Uda dan rakan-rakan sekelas 1/2R bercerita berkaitan tajuk "What am I good at".
Selesai sesi perhimpuanan mingguan kali ini, kami terus ke Savers Greensborough. Seperti biasa pada 1hb Mac tiap-tiap tahun Savers akan adakan jualan 50% diskaun untuk semua jenis pakaian. Kami ambil peluang untuk beli pakaian yang cantik tetapi murah, sama ada untuk dipakai sendiri atau boleh dijadikan hadiah bila balik nanti.

No comments:

Post a Comment