Monday, December 21, 2009

Memperbarui Passport @ Dewan Malaysia Melbourne

Sabtu - 19 Disember 2009
Sebelum ini pening juga fikir macamana nak ke Canberra untuk memperbaharui passport yang akan tamat tempoh pada 03 Ogos 2010. Banyak yang perlu dibelanjakan jika nak ke sana seorang dan jika pergi sekeluarga lagi lah bertambah banyak. Atas usaha AJK VMPGA sesi 2008/2009 yang dipimpin oleh sdr Hanif dan disambung pula oleh pimpinan Ustazah Hidayah untuk sesi 2009/2010, maka pihak Kedutaan dan Immigresen Malaysiatelah turun ke Melbourne untuk memudahkan urusan pembaharuan passport. Hari ini kaunter memperbaharui passport dibuka di Dewan Malaysia Melbourne. Pengawai yang hadir akan mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pembaharuan passport dan meneruskan proses pembaharuan apabila balik semula ke Canberra. Menurut pegawai yang hadir, passport akan siap dalam masa 2 minggu dan pemohon perlu mengambilnya dari pegawai MSD di Dewan Malaysia. Aku tidak melepaskan peluang untuk memperbarui passport ini. Selepas menghantar Gee ke Bazaar Bersama @ Fawkner, aku terus ke Dewan Malaysia yang letaknya di kawasan Windsor (45 min memandu dari Fawkner / Thomastown).

Hilang sikit pening kepala untuk ke Canberra. Tapi jika ada rezeki masih ada plan untuk melawat Sydney di masa akan datang.

Bazaar Bersama @ Fawkner

Sabtu - 19 Disember 2009
Program Bazaar Bersama kembali semula bulan ini, kali ini di tempat yang sama seperti bulan November iaitu di rmh kak Salmah & Bro Teo. Bazaar bermula jam 12tgh sehingga 4ptg. Bazaar kali ini lebih meriah kerana ada tambahan gerai, begitu juga dengan jumlah pengunjung di mana adik-adik undergrad yang tinggal di sekitar Brunswick juga hadir. Menu jualan di gerai Gee bukan hanya menjual menu seperti biasa - kerepek santan berlada, kuih ros, kuih tiram, aiskerim M'sia, pelbagai rasa Dadih, kicap kipas udang, lepat pisang - malah ada tambahan pada kali ini seperti kuih koci dan pulut panggang.

Seronok dapat makan laksa penang, laksa sarawak, esteler dan yang paling best popia basah & juga yang goreng

LSC Award Evening

Selasa - 15 Disember 2009
Jam 7.30mlm kami sekeluarga ke Drama Theatre di seklah Along - Lalor Secondary College (LSC) kerana ada jemputan Award Evening 2009. Along telah dianugerahkan "Encouragement Award" di mana tiap-tiap gred akan hanya ada seorang shj penerimanya. Along adalah penerima bagi Grade 7 atas pencapaian dalam pelajaran dan aktiviti sukan serta tingkahlakunya sepanjang tahun 2009 ini. Award yang diterima berupa sijil dan voucher2 dari penaja program. Voucher yang diterima berupa A$50 untuk pembelian kasut sekolah, A$75 untuk pembelian uniform sekolah dan A$50 untuk pembelian buku teks sekolah. Program tamat jam 9.15mlm.

Tahniah Along .. keep up the good work.

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Hari Lahir Angah


Isnin - 14 Disember 2009

Hari ini adalah hari lahir Angah yang ke-10 tahun. Sambutan hari lahir Angah sebenarnya telah dibuat lebih awal, iaitu pada hari Sabtu lepas 12 Disember 2009 sewaktu kunjungan rakan-rakan dari Kg. Dandy (Ropidi & Dr Laili se-famili, Lajiman & Sue se-famili serta Dr. Zaiton) ke rumah sempena program "Hari Keluarga desabundoora & 'South Eastern'". Selamat Hari Lahir Angah

Hari Keluarga desabundoora & 'South Eastern'

Sabtu - 12 Disember 2009
Lama rasanya tak main dalam satu perlawanan bolasepak padang. Sejak menjejakkan kaki di tak pernah aku main dalam satu perlawanan bolasepak di padang besar. Selama ni main futsal shj di dalam dewan. Jam 4ptg ini kami di desabundoora menerima kunjungan rakan-rakan dari 'South Eastern' yang terdiri dari kawasan Clayton, Kg.Dandy, Springvale dan juga Noble Park. Program ini bolehlah dinamakan "Hari Keluarga desabundoora & 'South Eastern'" di mana warga desa dan juga rakan-rakan 'South Eastern' datang bersama-sama keluarga sambil mengadakan perlawanan bolasepak dan bola jaring persahabatan.
Sebelum program bermula, pada jam 9.30pg, bro Jai, Angah dan aku serta Ijam dan Fauz telah pergi ke padang tempat program akan diadakan untuk menanda garisan padang bola sepak dan juga bola jaring. Garisan ditanda dengan menaburkan tepung gandum shj - 28kg tepung kami gunakan untuk menanda garisan padang tersebut. Jam 1.30pm kami beredar balik ke rumah masing-masing untuk makan tengahari sambil berehat.
Program petang bermula dengan perlawanan bola sepak anak-anak (mix-soccer). Nampak berbakat sungguh anak-anak bermain bola sepak. Perlawanan berakhir dengan kemenangan tipis di pihak desabundoora. Selepas itu, giliran ibu-ibu dan bapa-bapa pula beraksi di padang. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dan rasa memang menyeronokkan sebab dah lama tak beraksi secara serius. Tambah seronok lagi apabila kedua-dua perlawanan bola sepak dan bola jaring berpihak kepada desabundoora.
Selepas tamat semua perlawanan, semua yang hadir sama-sama menjamu selera dengan hidangan potluck yang dibawa sambil beramah-mesra. Dalam ucapan wakil 'South Eastern' dan juga bro Jai, lawatan balas dari desabundoora akan dirancang pada masa hadapan.

kisah program ini hasil tulisan Sdr Ropidi di
http://salam-monash.blogspot.com/2009/12/kunjungan-se-group-ke-bundoora.html

Aksi-aksi menarik semasa program ini boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/ropidi567/Bundoora121209#

"aduhhh... sakit segala urat dan otot mula terasa bila bangun tidur keesokan paginya"

Hari Angkut-Mengangkut

Ahad - 06 Disember 2009
Hari ni aku isytiharkan hari "angkut-mengangkut", kenapa? Sebab hari ini dari pagi hingga ke maghrib bantu rakan-rakan mengangkut barang-barang mereka sama ada masuk atau pindah rumah. Aktiviti ini bermula jam 9pg dengan membantu Aris & Sue, yang akan balik ke Malaysia untuk pengumpulan data selama 3 bulan, memindahkan barang2 mereka ke stor di rumah Azni & Azlan. Banyak juga barang yang dipindahkan dengan menggunakan kereta rakan-rakan di desa ini. Semua barang-barang selesai dipindahkan pada jam 1.30ptg. Selepas itu lunch di rumah Yusli yang menyambut hari lahirnya semalam. Aktiviti "angkut-mengangkut" aku diteruskan dengan mengangkut barang-barang di Brunswick, barang-barang yang aku beli dari rakan yang telah tamat belajar dan akan balik ke Malaysia. Antara barang tersebut - TV, rak TV, DVD player dan 2 rak buku. Selepas ini ada satu lagi aktiviti "angkut-mengangkut" ini iaitu mengangkut tilam-tilam dan sofa Arif Fahmi, rakan USIM yang baru sampai dan telah mendapat rumah di Hadfield. Barang-barang Arif Fahmi ini diberi percuma oleh rakan di Craigieburn pada minggu lepas dan sementara Arif Fahmi belum mendapat rumah, diletakkan dahulu di garaj rumah aku. Bila sampai rumah dari Brunswick pada jam 7.30mlm, Arif Fahmi dan beberapa rakan sudah sampai dan sedang memunggah barangan tersebut ke dalam kereta. Aktiviti ini selesai pada waktu maghrib dalam jam 8.30mlm.

Hari "Angkut-Mengangkut" yang memenat dan meletihkan badan.

Thursday, December 10, 2009

Cherry Picking @ Chappies

Sabtu - 05 Disember 2009
Musim panas sudah bermula, maknanya musim buah ceri sudah mula masak. Satu rombongan rakan-rakan desabundoora ke ladang ceri telah diatur pada hari ini. Sebanyak 9-10 buah kereta telah pergi ke ladang ceri Chappies http://www.upick.com.au/ di Wandin East. Seronok rasanya dapat memetik buah ceri sambil menyuapnya ke dalam mulut. Bayaran masuk adalah A$6 seorang untuk 12 tahun ke-atas dan harga buah ceri adalah A$8 sekilogram. Di ladang Chappies ini juga pengunjung boleh memetik pelbagai jenis beri spt rasberry, blackberry, etc dan harganya A$10 sekilogram. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam setengah di ladang Chappies sebelum beredar ke Silvan Reservoir Park untuk makan tengahari dan berehat.

"adakah pakcik Garmin masih boleh dipercayai?"

Buku Teks Terpakai & Telefon/Modem Baru

Khamis - 03 Disember 2009
Sesi persekolahan bagi Term 4 di Victoria ini semakin hampir kepenghujungnya, 18 Disember 2009 adalah hari terakhir. Hari ini sekolah Along adakan sesi jualan dan belian buku-buku teks sekolah terpakai. Di sesi inilah peluang yang terbaik untuk mendapatkan buku-buku teks sekolah yang terpakai dengan harga yang agak murah, dan yang pentingnya semua buku teks yang diperlukan untuk sesi persekolahan tahun hadapan boleh didapati di sini. Amalan biasa di sini, buku-buku teks sekolah perlu dibeli dan yang menjadi masalahnya, setiap sekolah mempunyai buku-buku teks yang berlainan dan jika buku teks yang dikehendaki tak dapat di perolehi semasa sesi ini, maka agak sukar untuk mendapatkan buku teks yang terpakai di kedai2 buku di luar dan mungkin perlu beli buku yang baru lah dengan harga yang sangat mahal. Along akan masuk Grade 8 pada tahun hadapan dan jika dijumlahkan harga buku-buku teks yang baru diperlukan, ia mencecah A$300 tetapi dalam sesi ini, buku-buku terpakai tersebut dapat dibeli dengan harga A$180 sahaja. Namun, ada beberapa buku terutama buku aktiviti yang terpaksa dibeli yang baru.
Tahun lepas semasa Along memulakan persekolahan high school di Grade 7, hampir A$1000 dibelanjakan untuk buku teks, peralatan dan uniform sekolah. Wow .. .banyak belanja diperlukan untuk persekolahan di Melbourne, syukur Alhamdulillah yuran tahunan persekolahan pelajar luarnegara dapat pengecualian kerana status VISA pelajar.

"teringat semasa membeli buku-buku teks sekolah anak-anak di Malaysia"

Handphone & Modem Baru
Pagi ini di LTU, singgah sekejap di kedai telefon 3-mobile nak bertanyakan status permohonan talian telefon dan Internet untuk Arif Fahmi dan isterinya Izawati - rakan di USIM yang baru sampai pada 23 November lalu. Sistem 3-mobile telah ditukar dan seseorang hanya boleh memohon untuk talian telefon dan Internet selepas menerima kad ATM bank .. hmm surat yang dikeluarkan daripada bank semasa membuka akaun sudah tidak diterima lagi .. hmm macam sama shj dgn syarikat telefon yang lain .. alamat kemungkinan 3-mobile akan kehilangan ramai pelanggan baru selepas ini.
Terlanjur singgah di kedai telefon ni, aku cuba tanya bila aku boleh upgrade telefon sebab dah nak habis kontrak selama 24-bulan. Hari ni kira dah 22 bulan sudah kontrak dan hanya tinggal 2 bulan shj, dan menurut Elaine (org m'sia yang bekerja di kedai 3-mobile), aku boleh upgrade bila-bila masa sekarang. So, sementara tunggu nak jumpa sv lepas lunch nanti, aku balik rumah sekejap ambil pasport untuk proses upgrade. Lepas habis jumpa sv aku singgah sekali lagi kedai 3-mobile untuk upgrade telefon & modem. Upgrade ni maksudnya kita sambung lagi kontrak dan boleh dapat telefon dan modem baru ... best tu!
Disebabkan tempoh biasiswa hanya tinggal setahun shj lagi maka aku hanya sambung kontrak untuk 12-bulan shj. Tidak banyak model telefon yang ada dan boleh dipilih untuk kontrak 12-bulan jika tidak mahu menambah apa2 bayaran bulanan .. hanya ada 2 -3 jenis shj dan aku pilih model Nokia E-63 dan modem Internet E1553 (model baru berbanding dgn yang aku ada).

"yeah .. yeah ... dapat handphone & modem baru"

Lampu Hiasan Krismas

Selasa - 01 Disember 2009
Bila masuk bulan Disember banyak rumah-rumah di Melbourne ini yang mula menyalakan lampu-lampu hiasan sempena menyambut hari krismas dan juga tahun baru. Tidak ketinggalan rumah-rumah di kawasan tempat kami tinggal. Lampu-lampu hiasan mula dipasang pada waktu mahgrib sehingga jam 10.30 atau 11mlm. Boleh ke laman web ini http://leader-news.whereilive.com.au/photos/gallery/christmas-lights-northern-suburbs/ untuk melihat lampu-lampu hiasan tersebut.

Wednesday, December 9, 2009

Musim Panas bermula

Selasa - 01 Disember 2009
Hari ini secara rasminya musim panas di Australia bermula. Musim panas selama 3 bulan ini akan berakhir pada 28 Februari 2010. Tarikh ini adalah tarikh secara rasmi musim bermula dan berakhir tetapi pada hakikatnya cuaca di Melbourne ini adalah sentiasa berubah dan jika berkaitan dengan cuaca Melbourne memang terkenal dengan gelaran "Empat musim dalam satu hari" (Four sessions in one-day). Maknanya keadaan cuaca dalam 4 musim - panas terik, sejuk, berangin, hujan, dll boleh dirasai hanya dalam satu hari. Ungkapan tersebut boleh digunapakai kerana tiada salji turun di Melbourne dalam musim sejuk.
Datangnya musim panas mengingatkan tragedi kebakaran hutan di Victoria ini pada 07 Februari 2009 yang dikenali dengan "Black Saturday" yang mengorbankan 173 orang .. cerita berkaitannya boleh dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Black_Saturday_bushfires dan http://www.blacksaturday.com.au/
Ramai meramalkan musim panas pada kali ini akan lebih panas dan terik serta kering berbanding dengan musim panas sebelumnya. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat ...

Summer Reading Club @ Yarra Plenty Regional Library

Selasa - 01 Disember 2009
Cuti sekolah di Victoria ini akan bermula pada 19 Disember 2009 sehingga awal bulan Februari 2010. Pihak Yarra Plenty Regional Library seperti tahun lepas menganjurkan program membaca untuk kanak-kanak yang berumur 5 - 16 tahun. Program ini dinamakan "Summer Reading Club" bermula mulai hari ini hingga 01 Februari 2010. Kanak-kanak yang mendaftar perlu membaca buku cerita seberapa banyak yang boleh kerana akan ada cabutan bertuah di akhir program ini kelak. Tahun lepas Along & Angah menyertai program ini dan Along telah memenangi satu hadiah cabutan bertuah. Tahun ini Uda pun ikut sertainya kerana Uda dah boleh membaca.
Selamat membaca kepada Along, Angah dan Uda

Jualan Musim Panas @ Savers

Isnin - 30 November 2009
Sempena masuk musim panas di Australia ini, seperti tahun sebelumnya Savers membuka gedungnya mulai jam 8pg sehingga 9mlm kerana jualan 50% diskaun untuk semua jenis pakaian. Savers adalah gedung yang menjual barangan terpakai / kitar-semula termasuk pakaian, buku, perabut, alat-alat letrik, dll. dan jika bernasib baik boleh dapat barangan yang masih baru lagi.
Seperti biasa ramai juga rakan-rakan melayu di desabundoora dan sekitarnya datang untuk membeli pakaian dengan harga yang murah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk meninjau dan membeli sempena jualan murah ini juga. Masing-masing dapatlah sehelai dua baju dan seluar 'baru' untuk digayakan dalam musim panas ini.