Tuesday, December 15, 2009

Hari Angkut-Mengangkut

Ahad - 06 Disember 2009
Hari ni aku isytiharkan hari "angkut-mengangkut", kenapa? Sebab hari ini dari pagi hingga ke maghrib bantu rakan-rakan mengangkut barang-barang mereka sama ada masuk atau pindah rumah. Aktiviti ini bermula jam 9pg dengan membantu Aris & Sue, yang akan balik ke Malaysia untuk pengumpulan data selama 3 bulan, memindahkan barang2 mereka ke stor di rumah Azni & Azlan. Banyak juga barang yang dipindahkan dengan menggunakan kereta rakan-rakan di desa ini. Semua barang-barang selesai dipindahkan pada jam 1.30ptg. Selepas itu lunch di rumah Yusli yang menyambut hari lahirnya semalam. Aktiviti "angkut-mengangkut" aku diteruskan dengan mengangkut barang-barang di Brunswick, barang-barang yang aku beli dari rakan yang telah tamat belajar dan akan balik ke Malaysia. Antara barang tersebut - TV, rak TV, DVD player dan 2 rak buku. Selepas ini ada satu lagi aktiviti "angkut-mengangkut" ini iaitu mengangkut tilam-tilam dan sofa Arif Fahmi, rakan USIM yang baru sampai dan telah mendapat rumah di Hadfield. Barang-barang Arif Fahmi ini diberi percuma oleh rakan di Craigieburn pada minggu lepas dan sementara Arif Fahmi belum mendapat rumah, diletakkan dahulu di garaj rumah aku. Bila sampai rumah dari Brunswick pada jam 7.30mlm, Arif Fahmi dan beberapa rakan sudah sampai dan sedang memunggah barangan tersebut ke dalam kereta. Aktiviti ini selesai pada waktu maghrib dalam jam 8.30mlm.

Hari "Angkut-Mengangkut" yang memenat dan meletihkan badan.

No comments:

Post a Comment