Monday, December 21, 2009

Memperbarui Passport @ Dewan Malaysia Melbourne

Sabtu - 19 Disember 2009
Sebelum ini pening juga fikir macamana nak ke Canberra untuk memperbaharui passport yang akan tamat tempoh pada 03 Ogos 2010. Banyak yang perlu dibelanjakan jika nak ke sana seorang dan jika pergi sekeluarga lagi lah bertambah banyak. Atas usaha AJK VMPGA sesi 2008/2009 yang dipimpin oleh sdr Hanif dan disambung pula oleh pimpinan Ustazah Hidayah untuk sesi 2009/2010, maka pihak Kedutaan dan Immigresen Malaysiatelah turun ke Melbourne untuk memudahkan urusan pembaharuan passport. Hari ini kaunter memperbaharui passport dibuka di Dewan Malaysia Melbourne. Pengawai yang hadir akan mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pembaharuan passport dan meneruskan proses pembaharuan apabila balik semula ke Canberra. Menurut pegawai yang hadir, passport akan siap dalam masa 2 minggu dan pemohon perlu mengambilnya dari pegawai MSD di Dewan Malaysia. Aku tidak melepaskan peluang untuk memperbarui passport ini. Selepas menghantar Gee ke Bazaar Bersama @ Fawkner, aku terus ke Dewan Malaysia yang letaknya di kawasan Windsor (45 min memandu dari Fawkner / Thomastown).

Hilang sikit pening kepala untuk ke Canberra. Tapi jika ada rezeki masih ada plan untuk melawat Sydney di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment