Tuesday, March 16, 2010

Pembedahan mata - hari ini kah?

Selasa -16Mac 2010
Hari ini jam 9.30pagi ada temujanji dengan Dr Penelope J. Allen, pakar bedah mata di Melbourne Retina Associates (MRA) Suite 402, Level 4, 100 Victoria Parade, East Melbourne. Ini adalah susulan dari pemeriksaan mata di wad kecemasan pada Khamis 11 Mac 2010 lepas. Tak pasti sama ada Dr nak periksa sahaja atau terus masuk wad untuk pembedahan atau pembedahan hari lain, tapi siap sedia bawa keperluan jika ditakdirkan masuk wad hari ini. Jam 8.00pagi abg Din Hogan dan Pak Tam sampai untuk hantar aku, Gee dan Milah ke MRA. Disebabkan waktu ini adalah waktu peak, maka kami ikut jalan yang direkomen oleh bro Zaki (terima kasih bagi tips jalan mana yang perlu dilalui). Alhamdulillah jam 9.10 pagi dah sampai MRA.
Dr Allen buat pemeriksaan susulan dan maklumkan bahawa pembedahan akan dibuat di Royal Victoria Eye & Ear Hospital (RVEEH) 32 Gisborne St East Melbourne sama ada esok petang atau malam, dan aku perlu masuk wad jam 11.30pagi esok. Menurut Dr Allen, pembedahan akan dibuat pada mata kanan yang selalunya memakan masa dalam 2jam dan mata kiri juga perlu dibuat rawatan laser untuk mencegah daripada mengalami 'retinal detachment' juga kerana power rabun jauh (short-sighted) aku yang tinggi.
Dalam jam 10.30pagi, urusan di MRA selesai dan kami terus pulang ke rumah untuk berehat sementara tunggu esok - lapor diri masuk wad dan pembedahan.

"berdebar tunggu esok hari ..."

Friday, March 12, 2010

Mataku bermasalah

Isnin - 8 Mac 2010
Hari ini adalah Cuti Umum di Victoria sempena hari pekerja, tetapi masih ada syarikat dan universiti seperti La Trobe University yang tidak mengambil hari pekerja ini sebagai hari cuti kerana mengantikannya dengan cuti dihujung tahun (cuti selepas Boxing Day sehingga cuti Tahun Baru).
Hari ni aku rasa mata kanan aku agak pelik, macam ada benda yang menghalang penglihatan aku, sakit matakah aku? Kena jumpa doktor ni tapi esok pagilah aku buat temujanji. Di Melbourne ni leceh nak jumpa doktor kena buat temujanji. Memang ada klinik yang kata tak perlu buat temujanji, datang sahaja terus ke klinik TAPI bila datang kena tunggu lama macam yang pernah dialami Angah dulu yang tunggu hampir 2 jam, ini adalah kerana pesakit tanpa temujanji akan hanya bertemu doktor jika ada slot yang kosong .. ada ka logik tu..

Selasa - 9 Mac 2010
Pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah aku telefon buat temujanji untuk berjumpa doktor. di Mill Park Superclinic So dapat slot jam 7.00pm. Doktor periksa mata dan kata mata ada merah. Aku diberi perskrisi ubat titik dan perlu jumpa semula hari Khamis jika tiada perubahan. Esoknya, aku telefon untuk buat temujanji. Jam 2.30pm Khamis akan berjumpa semula doktor.

Khamis - 11 Mac 2010
Mata kanan aku masih ada masalah dan akan jumpa doktor pada jam 2.30pm. Bila berjumpa doktor, aku dirujuk ke hospital mata dan telinga di bandaraya Melbourne dan dinasihatkan pergi ke wad kecemasan pada petang ini juga. Tiba di Royal Victoria Eye & Ear Hospital di East Melbourne pada jam 4.00pm. Cepat juga servis di sini dan aku mula diperiksa oleh jururawat dan doktor dalam jam 5.30pm hingga 6.30pm. Kesimpulannya aku ada "retinal detachment" dan perlu jalani pembedahan mata dalam kadar segera. Disebabkan tiada teater pembedahan yang kosong maka aku akan masuk wad pada jam 9.30 pagi hari Selasa depan. Alhamdulillah bila minta doktor telefon insuran OSHC Worldcare, pembedahan akan termasuk dalam perkara yang boleh di-cover. so tunggu sahaja lah, semoga semua berjalan lancar dan pulih seperti sedia kala.

What is retinal detachment?

http://en.wikipedia.org/wiki/Retinal_detachment

http://www.melbourneretina.com.au/index.php?option=com_content&view=article&id=50&Itemid=66

http://www.medicinenet.com/retinal_detachment/article.htm

http://www.allaboutvision.com/conditions/retinadetach.htm

"berdebar-debar .. risau .. semua perasaan ada .. speechless"

Ribut Air Batu @ Melbourne

Sabtu - 6 Mac 2010
Melbourne memang terkenal dengan "4 seasons in 1 day" dan terbukti hari ini di mana cuaca agak panas terik pada waktu tengahari telah bertukar menjadi hujan ais sebesar bola tenis di kawasan bandaraya dan selatan Melbourne. Banjir kilat berlaku dan banyak harta-benda musnah disebabkan hujan ais yang turun dalam 1 jam sahaja. Berita lanjut boleh diikuti di http://en.wikipedia.org/wiki/2010_Victorian_storms dan juga ulasan blog Ropidi di
http://salam-monash.blogspot.com/2010/03/ribut-air-batu-di-melbourne.html

"Alhamdulillah kami tak keluar ke Bandaraya Melbourne pada hari ini"

Musim Luruh bermula

Isnin - 1 Mac 2010
Hari ini secara rasminya masuk musim luruh di Australia. Cuaca hari ini nampaknya agak sejuk tapi masih kelihatan pancaran matahari.
Aktiviti hari ini: Perhinpunan mingguan TEPS dan Jualan 50% diskaun Savers.
Hadir ke sesi perhimpunan sekolah Angah dan Uda di TEPS. Di sini ibu bapa adalah dijemput untuk hadir ke sesi perhimpunan mingguan sekolah terutama bagi sekolah primary. Berulang kali Uda mengingatkan ibu dan ayah untuk hadir kerana kali ini, kelas Angah dan Uda akan naik ke pentas untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Angah dan rakan-rakannya di kelas 4/5/6W mempersembahkan hasil kerja dan bercerita tentang Olimpik musim sejuk yang baru sahaja tamat minggu lepas. Uda dan rakan-rakan sekelas 1/2R bercerita berkaitan tajuk "What am I good at".
Selesai sesi perhimpuanan mingguan kali ini, kami terus ke Savers Greensborough. Seperti biasa pada 1hb Mac tiap-tiap tahun Savers akan adakan jualan 50% diskaun untuk semua jenis pakaian. Kami ambil peluang untuk beli pakaian yang cantik tetapi murah, sama ada untuk dipakai sendiri atau boleh dijadikan hadiah bila balik nanti.

Tuesday, February 16, 2010

Hadiah "Summer Reading Club"

Isnin - 15 Februari 2010
Satu panggilan telefon dari Thomastown Library diterima pada hari ini meminta Along dan Angah hadir untuk mengambil hadiah yang telah dimenangi sempena program "Summer Reading Club" yang telah berlangsung mulai 01 Disember 2009 hingga 01 Februari 2010. Angah telah mendapat satu set Junior Scrabble dan Along telah memenangi 5 naskah buku berikut:
  • Zarconi's Magic Flying (hasil tulisan Kirsty Murray)
  • Seven Deadly Sins Gluttony (oleh Robin Wasserman)
  • Eldest (Christopher Paolini)
  • Eragon (Christopher Paolini)
  • Oxford Junior Thesaurus
Dalam program "Summer Reading Club" kali ini, Along dan Angah telah masing-masing berjaya membaca lebih dari 100 buah buku cerita, manakala Uda juga berjaya membaca dalam 60 naskah buku cerita.

Angah bergambar bersama hadiah yang dimenangi ditemani Uda dan Milah (Along tidak dapat hadir mengambil hadiah yang dimenangi)

"Tahniah untuk Along dan Angah, dan juga Uda."

Wednesday, February 3, 2010

Sesi Persekolahan Bermula

Isnin - 01 Februari 2010
Hari ini sesi persekolahan penggal pertama di Victoria bermula. Maknanya, pepagi kenalah bangun awal pagi dan balik sekolah kena siapkan kerja sekolah.

Selamat kembali ke sekolah

Tuesday, January 19, 2010

Salji di Musim Panas!

Isnin - 18 Januari 2010
Minggu lepas cuaca di Melbourne sangat panas dan mencecah 43 Celsius pada waktu siang 11 Januari dengan suhu masih pada tahap 35 Celcius pada waktu tghmalam nya. Petikan berita dari ABCNews di http://www.abc.net.au/news/stories/2010/01/12/2790125.htm

"... Peter Blake from the bureau says it was hot and uncomfortable for most of the night in Melbourne. "Most of the night was certainly above 34 degrees; at midnight it was 35; at 3:00am it was 33,"he said...." (ABC News, 12 Jan 2010, "Fire danger moves east as states bake")

Minggu ini cuaca berubah menjadi sejuk dengan hujan sangat lebat turun pada malam Ahad (17 Januari) sehingga subuh dan keesokan harinya (18 Januari). Salji turun di tengah-tengah musim panas..!!! Pelik tapi benar di Australia ini. Kejadian berlaku di New South Wales ... sila baca berita di bawah ini:

Summer Snow falls on NSW towns
Monday, January 18, 2010 » 08:20pm »
http://bigpondnews.com/articles/National/2010/01/18/Summer_snow_falls_on_NSW_towns_418702.html
Summer holidaymakers could be forgiven for thinking winter has come a few months early, with a cold snap bringing a light dusting of snow to some parts of NSW.
Southern NSW, Victoria, Tasmania and South Australia were hit by an unseasonable cold front on Monday, with temperatures plummeting to near zero in the Snowy Mountains.
Towns such as Thredbo, and Cooma in the NSW Southern Tablelands, reported a brief flurry of snow on Monday morning, Bureau of Meteorology Duty forecaster Jane Golding said.
'We had falls in the Snowies and down to about 900 metres above sea level,' Ms Golding told AAP.
'We had a cold front and it brought a lot of cold, dry air with it, and also thunderstorms. The origin of (the front) looks like it was well south in the southern ocean.'
Ms Golding said summer snow was a rare occurrence in towns such as Cooma.
'In Cooma, records began there in 1973 and we've never had any observations of snow there in December, January and February,' she said.
'They generally get five days of snow (per year), so it is unusual any time of year to snow in Cooma.'

Saturday, January 9, 2010

Cuti-cuti Melbourne sempena cuti sekolah

Khamis - 07 Januari 2010
Sempena cuti sekolah bolehlah nak berjalan jauh pada bila2 masa, tak perlu tunggu hari hujung minggu. Hari ini aku dan famili bersama2 Azlan & Azni dan Neezam dan Julie serta famili masing-masing merancang mengunjungi Anakie dan Werribee. Setelah semua berkumpul, kami memulakan perjalanan dari rumah di Wattle St. pada jam 9.15am.
Tujuan lokasi pertama kami adalah FairyPark di Anakie yang letaknya hampir 100km dari rumah aku. Fairypark ini telah berusia 51 thn dan ia menempatkan pelbagai karekter seperti Snow White, Aladdin, dll. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.fairypark.com/
Kami makan tengahari di Camelot Playground, juga sebahagian daripada Fairypark.
Lokasi seterusnya adalah Victoria State Rose Garden di Werribee South. Terdapat 6000 jenis bunga ros di taman seluas 4.75 hektar yang telah dibuka pada tahun 1986. Bagi yang nak maklumat lanjut sila lihat http://www.gardenvisit.com/garden/victoria_state_rose_garden.
Lokasi seterusnya adalah melihat penguin balik ke sarang di St Kilda. Sementara menunggu waktu maghrib iaitu watu penguin balik ke sarang kami singgah makan malam di Old Town Kopitiam Mamak di Level 2 QV Square, Melbourne CBD. Kedai makan ini baru 2 minggu dibuka dan ia menghidangkan pelbagai jenis masakan mamak. Untuk makan malam hari ini hidangan yang dipesan adalah 2 keping Roti Canai, 2 set nasi beryani, air milo panas dan sirap bandung sejuk yang jumlahnya A$34.50 (mahal tuuu!!!).
Menjelang waktu maghrib kami beredar ke St Kilda Pier untuk melihat penguin pulang ke sarang. Keadaan agak sejuk pada waktu ini. Tidak seperti di Philip Island di mana penguin boleh dilihat beratur keluar dari laut untuk pulang ke sarang masing2, tetapi di sini penguin naik seekor demi seekor untuk balik ke sarang yang letaknya dicelah-celah batu di jeti berkenaan. Kami beredar dari St Kilda dalam jam 9.30mlm. Dalam perjalanan pulang singgah di masjid Preston untuk solat jamak dan sampai di rumah dalam jam 11mlm.

"anak2 rasa seronok hari ni ... alhamdulillah nimbus tak buat hal"

Home Insulation Program

Rabu - 06 Januari 2010
Kerajaan Australia menyediakan rebat sehingga A$1,200 kepada pemilik2 rumah untuk memasang penghadang haba di siling rumah (lihat penerangan di bawah). Hari ini pemasangan penghadang haba telah dilakukan oleh kontraktor yang dipilih oleh pemilik rumah sewa kami. Pemasangan siap dalam masa 1jam shj.

"The Home Insulation Program offers ceiling insulation worth up to $1,200 to owner-occupiers, landlords and tenants.
The program targets homes that are currently uninsulated, or have very little ceiling insulation and were built before the mandatory thermal performance requirements under the Building Code of Australia were introduced commencing in 2003.
If the total cost of installation is less than $1,200 there will be no more for the householder to pay. This will be the case for most households. If the cost of the insulation is more than $1,200, the householder will ordinarily have to pay the difference, or the full amount if they are ineligible.
The program commenced with its announcement on 3 February 2009 under a rebate scheme. From 1 July 2009 to 31 August 2009 there were separate arrangements for owner- occupiers and rental properties. This program now covers all eligible households and is in effect to 31 December 2011 or until the date when Program funds have been fully allocated, whichever occurs first. Please note that a revised edition of the Program Guidelines was released on 1 November 2009
"
(http://www.environment.gov.au/energyefficiency/insulation/homeowners/index.html , 09 Jan 2010).

Tuesday, January 5, 2010

31 Disember 2009

Khamis - 31 Disember 2009
Hari terakhir tahun 2009 ini, aku keluar rumah jam 10pg membawa Along dan Angah yang ada temujanji dengan dentist di Plenty Community Health Center, Epping pada jam 10.30pg. Selepas habis urusan dengan dentist, sempena cuti sekolah ni - Along, Angah, Uda dan Milah menonton movie "Alvin & the Chipmunks: The Squeakquel" di Reading Cinema di Epping Plaza. Mahal juga tiket menonton movie di cinema di sini. Untuk kali ini, bayaran tiket hanya A$26.00 sahaja untuk Along dan Angah kerana Uda menggunakan voucher tiket percuma yang diberikan oleh guru kelasnya sebelum cuti sekolah bermula dan Milah masuk percuma (Kanak-Kanak 3 tahun ke bawah percuma). Semasa anak2 masuk menonton movie, aku mengambil peluang membeli barangan2 yang dikirim oleh Gee. Selesai urusan membeli belah dan juga menonton movie, kami pulang dan sampai rumah jam hampir menunjukkan jam 4ptg. Cuaca hari ini agak panas dalam 30C dan diramalkan ribut petir menjelang tengah malam sambutan tahun baru 2010. Sempena sambutan malam tahun baru ini perkhidmatan pengankutan awam adalah percuma mulai jam 6ptg hingga 4 pg esok. Ada juga niat nak ke bandaraya Melbourne tgk fireworks yang dijadualkan pada jam 9.15mlm dan 12 tgh mlm, tetapi atas nasihat Gee akibat cuaca yang panas ini, tak jadi lah nak teruskan niat. Syukur kepada Allah niat tersebut tidak diteruskan kerana cuaca terus bertukar daripada panas terik kepada ribut petir dan hujan lebat mulai waktu maghrib. Terpaksa lah anak2 membatalkan hasrat untuk main bunga api yang dibeli pada petang tadi.

"sambutan tahun baru di Melbourne disambut dgn ribut petir dan hujan lebat"

Boxing Day @ Melbourne

Saturday - 26 Disember 2009
"Boxing Day" itulah gelaran yang diberikan pada tanggal 26 Disember setiap tahun. Tak pasti pula apa sejarahnya sehingga diberi gelaran berkenaan, tetapi masyarakat di Melbourne dan juga Australia malah dunia rasanya, sangat2 menunggu "Boxing Day" ini kerana terdapatnya banyak jualan murah, dengarnya diskaun sehingga melebihi 50%. Tempat2 yang selalu menjadi tumpuan adalah kedai2 di bandaraya dan juga pusat2 membeli-belah seperti Myers dan DFO. Tahun lepas aku tak ke mana2 sempena Boxing Day ni, tetapi tahun ni nak juga tengok dan rasa macamana suasana nya, maka aku dan Gee ke DFO Essendon. Terkejut melihat jalan masuk ke kawasan pusat membeli-belah di mana DFO ini terletak sudah mula sesak kira2 1-2km jauhnya tetapi yang menariknya tiada kenderaan yang memotong barisan seperti kesesakan di Malaysia. Tidak sampai 10 minit dalam kesesakan, kami telah masuk ke kawasan pusat membeli-belah. Satu lagi kejutan bila tempat letak kenderaan penuh sesak dan kami terpaksa meletak kereta agak jauh juga.
Ramai sungguh pengunjung di dalam DFO ini dan ada kedai seperti Guess yang menghadkan pengunjung yng masuk ke dalam kedai mereka, kerna dilihat ada yang beratur menunggu giliran masuk ke dalam kedai tersebut. Kedai yang dituju Gee adalah kedai yang menjual pinggan mangkkuk jenama Corelle, Vision dan Pyrex. Kesimpulan yang boleh dibuat - bagi kami tiadalah banyak sangat diskaun yang diberikan sempena Boxing Day ini seperti yang diwar-warkan, mungkin bagi penduduk tempatan Melbourne ini diskaun itu adalah sangat bagus - seperti diskaun 40% daripada barangan yang berharga A$300?

"Boxing Day yang penuh dengan kejutan?"

Hari Krismas & Perkhidmatan Awam Percuma

Jumaat - 25 Disember 2009
Hari ini adalah hari Krismas dan seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti umum dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas, tram dan tren (perkhidmatan metropolitan yang dikendalikan oleh konsotium baru iaitu Metro Train dan perkhidmatan merentasi negeri yang dikenali dengan V-Line) menyediakan perkhidmatan percuma.
Kami sekeluarga serta rakan-beberapa rakan telah mengunjungi Geelong yang letaknya dalam 90km dari rumah. Kami keluar rumah dalam jam 8pg dan menaiki tren jam 8.45pg dari stesen Thomastown untuk ke Stesen Southern Cross di bandaraya Melbourne. Rakan2 desa telah sampai di stesen tersebut dan kami sama2 menaiki tren V-Line pada jam 10pg ke Geelong yang memakan masa perjalanan hampir sejam. Di Geelong kami berkelah di Eastern Beach Garden sambil bersiar-siar di bandar Geelong. Kami pulang semula ke Melbourne dengan tren jam 4.34ptg dan sampai semula di Stesen Thomastown hampir jam 7mlm. Keadaan masih cerah lagi kerana waktu maghrib masuk dalam jam 8.30mlm. Kami terus ke Bismi Restaurant di Brunswick untuk makan malam sebelum pulang ke rumah.

"rasa juga naik tren jarak jauh"