Tuesday, January 5, 2010

31 Disember 2009

Khamis - 31 Disember 2009
Hari terakhir tahun 2009 ini, aku keluar rumah jam 10pg membawa Along dan Angah yang ada temujanji dengan dentist di Plenty Community Health Center, Epping pada jam 10.30pg. Selepas habis urusan dengan dentist, sempena cuti sekolah ni - Along, Angah, Uda dan Milah menonton movie "Alvin & the Chipmunks: The Squeakquel" di Reading Cinema di Epping Plaza. Mahal juga tiket menonton movie di cinema di sini. Untuk kali ini, bayaran tiket hanya A$26.00 sahaja untuk Along dan Angah kerana Uda menggunakan voucher tiket percuma yang diberikan oleh guru kelasnya sebelum cuti sekolah bermula dan Milah masuk percuma (Kanak-Kanak 3 tahun ke bawah percuma). Semasa anak2 masuk menonton movie, aku mengambil peluang membeli barangan2 yang dikirim oleh Gee. Selesai urusan membeli belah dan juga menonton movie, kami pulang dan sampai rumah jam hampir menunjukkan jam 4ptg. Cuaca hari ini agak panas dalam 30C dan diramalkan ribut petir menjelang tengah malam sambutan tahun baru 2010. Sempena sambutan malam tahun baru ini perkhidmatan pengankutan awam adalah percuma mulai jam 6ptg hingga 4 pg esok. Ada juga niat nak ke bandaraya Melbourne tgk fireworks yang dijadualkan pada jam 9.15mlm dan 12 tgh mlm, tetapi atas nasihat Gee akibat cuaca yang panas ini, tak jadi lah nak teruskan niat. Syukur kepada Allah niat tersebut tidak diteruskan kerana cuaca terus bertukar daripada panas terik kepada ribut petir dan hujan lebat mulai waktu maghrib. Terpaksa lah anak2 membatalkan hasrat untuk main bunga api yang dibeli pada petang tadi.

"sambutan tahun baru di Melbourne disambut dgn ribut petir dan hujan lebat"

No comments:

Post a Comment