Tuesday, January 5, 2010

Boxing Day @ Melbourne

Saturday - 26 Disember 2009
"Boxing Day" itulah gelaran yang diberikan pada tanggal 26 Disember setiap tahun. Tak pasti pula apa sejarahnya sehingga diberi gelaran berkenaan, tetapi masyarakat di Melbourne dan juga Australia malah dunia rasanya, sangat2 menunggu "Boxing Day" ini kerana terdapatnya banyak jualan murah, dengarnya diskaun sehingga melebihi 50%. Tempat2 yang selalu menjadi tumpuan adalah kedai2 di bandaraya dan juga pusat2 membeli-belah seperti Myers dan DFO. Tahun lepas aku tak ke mana2 sempena Boxing Day ni, tetapi tahun ni nak juga tengok dan rasa macamana suasana nya, maka aku dan Gee ke DFO Essendon. Terkejut melihat jalan masuk ke kawasan pusat membeli-belah di mana DFO ini terletak sudah mula sesak kira2 1-2km jauhnya tetapi yang menariknya tiada kenderaan yang memotong barisan seperti kesesakan di Malaysia. Tidak sampai 10 minit dalam kesesakan, kami telah masuk ke kawasan pusat membeli-belah. Satu lagi kejutan bila tempat letak kenderaan penuh sesak dan kami terpaksa meletak kereta agak jauh juga.
Ramai sungguh pengunjung di dalam DFO ini dan ada kedai seperti Guess yang menghadkan pengunjung yng masuk ke dalam kedai mereka, kerna dilihat ada yang beratur menunggu giliran masuk ke dalam kedai tersebut. Kedai yang dituju Gee adalah kedai yang menjual pinggan mangkkuk jenama Corelle, Vision dan Pyrex. Kesimpulan yang boleh dibuat - bagi kami tiadalah banyak sangat diskaun yang diberikan sempena Boxing Day ini seperti yang diwar-warkan, mungkin bagi penduduk tempatan Melbourne ini diskaun itu adalah sangat bagus - seperti diskaun 40% daripada barangan yang berharga A$300?

"Boxing Day yang penuh dengan kejutan?"

No comments:

Post a Comment