Saturday, January 9, 2010

Cuti-cuti Melbourne sempena cuti sekolah

Khamis - 07 Januari 2010
Sempena cuti sekolah bolehlah nak berjalan jauh pada bila2 masa, tak perlu tunggu hari hujung minggu. Hari ini aku dan famili bersama2 Azlan & Azni dan Neezam dan Julie serta famili masing-masing merancang mengunjungi Anakie dan Werribee. Setelah semua berkumpul, kami memulakan perjalanan dari rumah di Wattle St. pada jam 9.15am.
Tujuan lokasi pertama kami adalah FairyPark di Anakie yang letaknya hampir 100km dari rumah aku. Fairypark ini telah berusia 51 thn dan ia menempatkan pelbagai karekter seperti Snow White, Aladdin, dll. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.fairypark.com/
Kami makan tengahari di Camelot Playground, juga sebahagian daripada Fairypark.
Lokasi seterusnya adalah Victoria State Rose Garden di Werribee South. Terdapat 6000 jenis bunga ros di taman seluas 4.75 hektar yang telah dibuka pada tahun 1986. Bagi yang nak maklumat lanjut sila lihat http://www.gardenvisit.com/garden/victoria_state_rose_garden.
Lokasi seterusnya adalah melihat penguin balik ke sarang di St Kilda. Sementara menunggu waktu maghrib iaitu watu penguin balik ke sarang kami singgah makan malam di Old Town Kopitiam Mamak di Level 2 QV Square, Melbourne CBD. Kedai makan ini baru 2 minggu dibuka dan ia menghidangkan pelbagai jenis masakan mamak. Untuk makan malam hari ini hidangan yang dipesan adalah 2 keping Roti Canai, 2 set nasi beryani, air milo panas dan sirap bandung sejuk yang jumlahnya A$34.50 (mahal tuuu!!!).
Menjelang waktu maghrib kami beredar ke St Kilda Pier untuk melihat penguin pulang ke sarang. Keadaan agak sejuk pada waktu ini. Tidak seperti di Philip Island di mana penguin boleh dilihat beratur keluar dari laut untuk pulang ke sarang masing2, tetapi di sini penguin naik seekor demi seekor untuk balik ke sarang yang letaknya dicelah-celah batu di jeti berkenaan. Kami beredar dari St Kilda dalam jam 9.30mlm. Dalam perjalanan pulang singgah di masjid Preston untuk solat jamak dan sampai di rumah dalam jam 11mlm.

"anak2 rasa seronok hari ni ... alhamdulillah nimbus tak buat hal"

No comments:

Post a Comment