Tuesday, January 5, 2010

Hari Krismas & Perkhidmatan Awam Percuma

Jumaat - 25 Disember 2009
Hari ini adalah hari Krismas dan seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti umum dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas, tram dan tren (perkhidmatan metropolitan yang dikendalikan oleh konsotium baru iaitu Metro Train dan perkhidmatan merentasi negeri yang dikenali dengan V-Line) menyediakan perkhidmatan percuma.
Kami sekeluarga serta rakan-beberapa rakan telah mengunjungi Geelong yang letaknya dalam 90km dari rumah. Kami keluar rumah dalam jam 8pg dan menaiki tren jam 8.45pg dari stesen Thomastown untuk ke Stesen Southern Cross di bandaraya Melbourne. Rakan2 desa telah sampai di stesen tersebut dan kami sama2 menaiki tren V-Line pada jam 10pg ke Geelong yang memakan masa perjalanan hampir sejam. Di Geelong kami berkelah di Eastern Beach Garden sambil bersiar-siar di bandar Geelong. Kami pulang semula ke Melbourne dengan tren jam 4.34ptg dan sampai semula di Stesen Thomastown hampir jam 7mlm. Keadaan masih cerah lagi kerana waktu maghrib masuk dalam jam 8.30mlm. Kami terus ke Bismi Restaurant di Brunswick untuk makan malam sebelum pulang ke rumah.

"rasa juga naik tren jarak jauh"

No comments:

Post a Comment