Tuesday, March 16, 2010

Pembedahan mata - hari ini kah?

Selasa -16Mac 2010
Hari ini jam 9.30pagi ada temujanji dengan Dr Penelope J. Allen, pakar bedah mata di Melbourne Retina Associates (MRA) Suite 402, Level 4, 100 Victoria Parade, East Melbourne. Ini adalah susulan dari pemeriksaan mata di wad kecemasan pada Khamis 11 Mac 2010 lepas. Tak pasti sama ada Dr nak periksa sahaja atau terus masuk wad untuk pembedahan atau pembedahan hari lain, tapi siap sedia bawa keperluan jika ditakdirkan masuk wad hari ini. Jam 8.00pagi abg Din Hogan dan Pak Tam sampai untuk hantar aku, Gee dan Milah ke MRA. Disebabkan waktu ini adalah waktu peak, maka kami ikut jalan yang direkomen oleh bro Zaki (terima kasih bagi tips jalan mana yang perlu dilalui). Alhamdulillah jam 9.10 pagi dah sampai MRA.
Dr Allen buat pemeriksaan susulan dan maklumkan bahawa pembedahan akan dibuat di Royal Victoria Eye & Ear Hospital (RVEEH) 32 Gisborne St East Melbourne sama ada esok petang atau malam, dan aku perlu masuk wad jam 11.30pagi esok. Menurut Dr Allen, pembedahan akan dibuat pada mata kanan yang selalunya memakan masa dalam 2jam dan mata kiri juga perlu dibuat rawatan laser untuk mencegah daripada mengalami 'retinal detachment' juga kerana power rabun jauh (short-sighted) aku yang tinggi.
Dalam jam 10.30pagi, urusan di MRA selesai dan kami terus pulang ke rumah untuk berehat sementara tunggu esok - lapor diri masuk wad dan pembedahan.

"berdebar tunggu esok hari ..."

1 comment: