Thursday, December 10, 2009

Buku Teks Terpakai & Telefon/Modem Baru

Khamis - 03 Disember 2009
Sesi persekolahan bagi Term 4 di Victoria ini semakin hampir kepenghujungnya, 18 Disember 2009 adalah hari terakhir. Hari ini sekolah Along adakan sesi jualan dan belian buku-buku teks sekolah terpakai. Di sesi inilah peluang yang terbaik untuk mendapatkan buku-buku teks sekolah yang terpakai dengan harga yang agak murah, dan yang pentingnya semua buku teks yang diperlukan untuk sesi persekolahan tahun hadapan boleh didapati di sini. Amalan biasa di sini, buku-buku teks sekolah perlu dibeli dan yang menjadi masalahnya, setiap sekolah mempunyai buku-buku teks yang berlainan dan jika buku teks yang dikehendaki tak dapat di perolehi semasa sesi ini, maka agak sukar untuk mendapatkan buku teks yang terpakai di kedai2 buku di luar dan mungkin perlu beli buku yang baru lah dengan harga yang sangat mahal. Along akan masuk Grade 8 pada tahun hadapan dan jika dijumlahkan harga buku-buku teks yang baru diperlukan, ia mencecah A$300 tetapi dalam sesi ini, buku-buku terpakai tersebut dapat dibeli dengan harga A$180 sahaja. Namun, ada beberapa buku terutama buku aktiviti yang terpaksa dibeli yang baru.
Tahun lepas semasa Along memulakan persekolahan high school di Grade 7, hampir A$1000 dibelanjakan untuk buku teks, peralatan dan uniform sekolah. Wow .. .banyak belanja diperlukan untuk persekolahan di Melbourne, syukur Alhamdulillah yuran tahunan persekolahan pelajar luarnegara dapat pengecualian kerana status VISA pelajar.

"teringat semasa membeli buku-buku teks sekolah anak-anak di Malaysia"

Handphone & Modem Baru
Pagi ini di LTU, singgah sekejap di kedai telefon 3-mobile nak bertanyakan status permohonan talian telefon dan Internet untuk Arif Fahmi dan isterinya Izawati - rakan di USIM yang baru sampai pada 23 November lalu. Sistem 3-mobile telah ditukar dan seseorang hanya boleh memohon untuk talian telefon dan Internet selepas menerima kad ATM bank .. hmm surat yang dikeluarkan daripada bank semasa membuka akaun sudah tidak diterima lagi .. hmm macam sama shj dgn syarikat telefon yang lain .. alamat kemungkinan 3-mobile akan kehilangan ramai pelanggan baru selepas ini.
Terlanjur singgah di kedai telefon ni, aku cuba tanya bila aku boleh upgrade telefon sebab dah nak habis kontrak selama 24-bulan. Hari ni kira dah 22 bulan sudah kontrak dan hanya tinggal 2 bulan shj, dan menurut Elaine (org m'sia yang bekerja di kedai 3-mobile), aku boleh upgrade bila-bila masa sekarang. So, sementara tunggu nak jumpa sv lepas lunch nanti, aku balik rumah sekejap ambil pasport untuk proses upgrade. Lepas habis jumpa sv aku singgah sekali lagi kedai 3-mobile untuk upgrade telefon & modem. Upgrade ni maksudnya kita sambung lagi kontrak dan boleh dapat telefon dan modem baru ... best tu!
Disebabkan tempoh biasiswa hanya tinggal setahun shj lagi maka aku hanya sambung kontrak untuk 12-bulan shj. Tidak banyak model telefon yang ada dan boleh dipilih untuk kontrak 12-bulan jika tidak mahu menambah apa2 bayaran bulanan .. hanya ada 2 -3 jenis shj dan aku pilih model Nokia E-63 dan modem Internet E1553 (model baru berbanding dgn yang aku ada).

"yeah .. yeah ... dapat handphone & modem baru"

No comments:

Post a Comment