Tuesday, December 15, 2009

Hari Keluarga desabundoora & 'South Eastern'

Sabtu - 12 Disember 2009
Lama rasanya tak main dalam satu perlawanan bolasepak padang. Sejak menjejakkan kaki di tak pernah aku main dalam satu perlawanan bolasepak di padang besar. Selama ni main futsal shj di dalam dewan. Jam 4ptg ini kami di desabundoora menerima kunjungan rakan-rakan dari 'South Eastern' yang terdiri dari kawasan Clayton, Kg.Dandy, Springvale dan juga Noble Park. Program ini bolehlah dinamakan "Hari Keluarga desabundoora & 'South Eastern'" di mana warga desa dan juga rakan-rakan 'South Eastern' datang bersama-sama keluarga sambil mengadakan perlawanan bolasepak dan bola jaring persahabatan.
Sebelum program bermula, pada jam 9.30pg, bro Jai, Angah dan aku serta Ijam dan Fauz telah pergi ke padang tempat program akan diadakan untuk menanda garisan padang bola sepak dan juga bola jaring. Garisan ditanda dengan menaburkan tepung gandum shj - 28kg tepung kami gunakan untuk menanda garisan padang tersebut. Jam 1.30pm kami beredar balik ke rumah masing-masing untuk makan tengahari sambil berehat.
Program petang bermula dengan perlawanan bola sepak anak-anak (mix-soccer). Nampak berbakat sungguh anak-anak bermain bola sepak. Perlawanan berakhir dengan kemenangan tipis di pihak desabundoora. Selepas itu, giliran ibu-ibu dan bapa-bapa pula beraksi di padang. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dan rasa memang menyeronokkan sebab dah lama tak beraksi secara serius. Tambah seronok lagi apabila kedua-dua perlawanan bola sepak dan bola jaring berpihak kepada desabundoora.
Selepas tamat semua perlawanan, semua yang hadir sama-sama menjamu selera dengan hidangan potluck yang dibawa sambil beramah-mesra. Dalam ucapan wakil 'South Eastern' dan juga bro Jai, lawatan balas dari desabundoora akan dirancang pada masa hadapan.

kisah program ini hasil tulisan Sdr Ropidi di
http://salam-monash.blogspot.com/2009/12/kunjungan-se-group-ke-bundoora.html

Aksi-aksi menarik semasa program ini boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/ropidi567/Bundoora121209#

"aduhhh... sakit segala urat dan otot mula terasa bila bangun tidur keesokan paginya"

No comments:

Post a Comment